Backtick' & Underminer Berjaya ke ESL One New York SEA Main Qualifier
- MasterRamen
- Aug 24, 2015
- 1 min read

ESL One New York Qualifier bagi Asia Tenggara telah bermula di mana pusingan kelayakkan terbuka berlangsung pada 22-23 Ogos lepas. 4 pasukan daripada pusingan kelayakkan ini akan menyertai 4 pasukan jemputan Level 2 dan 4 lagi pasukan jemputan Level 1
Perjalanan ke ESL One New York bukanlah mudah bagi pasukan-pasukan ini di mana jaguh-jaguh Asia Tenggara akan menanti mereka. Setakat ini, tiada maklumat diberikan oleh pihak penganjur namun adalah dijangkakan pasukan seperti Fnatic, Mineski, TNC, Trust akan berada pusingan kelayakkan utama
Laluan Backtick diperingkat kelayakkan ini adalah lebih mudah berbanding Underminer. Berikut adalah lawan mereka sehingga ke separuh Akhir

Laluan Underminer penuh berliku di mana mereka perlu bertemu dengan beberapa pasukan yang handal seperti Gizmo, Bananas (Nb, Slickz, Shatan,Xtinct, Eusin) sebelum menempah tiket ke separuh akhir

Nasib yang sangat malang buat K2 Apes yang pada mulanya telah menewaskan pasukan Meracle iaitu FD namun terpaksa berputih mata apabila tewas di tangan Burster daripada Myanmar

Semoga berjaya diucapkan kepada Backtick dan Underminer di peringkat kelayakkan utama kelak
Comments