Na'vi bergolak. Perubahan Pemain Besar-Besaran Bakal Berlaku
- MasterRamen
- Aug 20, 2015
- 1 min read

Natus Vincere itulah nama pasukan yang mempunyai peminat paling ramai di dunia. Na'vi yang bermula sebagai juara TI1 sentiasa menunjukkan prestasi yang baik di dalam Ti2,3 dan 4. Namun, segalanya berubah selepas TI5 yang merupakan persembahan terburuk di dalam sejarah Na'vi
Menurut berita terkini, Na'Vi telah menarik diri daripada pertandingan Gaming Paradise 2015 kerana perubahan besar-besaran terhadap barisan pemain Na'Vi. Na'Vi yang selama ini bergantung kepada Dendi dan Xboct berkemungkinan akan mengalami perubahan baru
Menurut Pimpmuckl, Dendi berkemungkinan akan meninggalkan Na'Vi. Berita ini masih belum disahihkan lagi. Selain itu, terdapat ura-ura mengatakan Funn1k, Arstyle dan Sonneiko akan meninggalkan Na'Vi. Sonneiko jika dilihat di twitter beliau tidak lagi menggunakan avatar Na'Vi dan latar belakang Na'Vi
Funn1k juga ada membuat twitter mengenai kemungkinan perubahan pemain berlaku

댓글