top of page
Search

Yamateh (123) vs Mineski Malam ini di Asia Arena Cup

  • MasterRamen
  • Aug 18, 2015
  • 1 min read

Mari saksikan pertembungan hangat diantara pasukan No 2 di Malaysia Pasukan 123 bertemu dengan jaguh Filipina iaitu Mineski malam ni pada jam 8 malam ini di dalam best of 5. Mineski mempunyai 1 perlawanan lebih daripada pasukan 123 kerana mara ke final melalui Upper Bracket

123 sebelum ini tewas di tangan Mineski di Upper Bracket 2-1 dan terpaksa mengharungi lower bracket menentang First Departure daripada Singapura. Perjalanan 123 tidaklah mudah selepas terpaksa berhempas pulas bagi menewaskan FD 2-1 di lower bracket final. Dengan kejayaan ini 123 telah mara ke akhir bagi membalas dendam kekalahan mereka sebelum ini

Pertandingan ini menawarkan hadiah 2,500USD kepada para pemenang dan menampilkan 8 pasukan Asia Tenggara dengan format Double Elimination. Mari kita berikan sokongan padu kepada pasukan 123 malam ini! Majulah Dota 2 Untuk Negara! Perlawanan ini akan ditayangkan secara langsung di Hitbox. Hanya bahasa Inggeris dan Russia sahaja ditawarkan di dalam Hitbox

Pasukan 123 ketika ini berada di kedudukan ke - 7 Asia Tenggara dan 38 dunia menurut kepada Gosugamers. Lawan mereka iaitu Mineski berada di kedudukan ke - 5 Asia Tenggara dan 34 dunia. Pertembungan ini pastinya memarakkan lagi persaingan antara Malaysia dan Filipina. Malaysia dan Filipina seringkali menjadi musuh tradisi di dalam Dota 2 terutama antara Fnatic dan Rave sebelum ini.

Sumber: Gosugamers

 
 
 

Comentários


HOT TOPICS
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.

© 2014-2017 E-Sukan. All rights reserved

KOMUNITI DOTA 2 MALAYSIA

Who are we?

 

- We are bunch of ethusiasm e-sports & games lover

- We are from one of malaysia biggest dota 2 community!

- We want to expand our love in dota 2 e-sports with others type of game!

 

Why we build this site?

 

- We want to give malaysian all related news in esports!

- Because we love esports

 

If you have a news or tournament to share please contact us and we will news it for free

TWITTER
bottom of page