ESL One New York: Pusingan Kelayakkan SEA
- MasterRamen
- Aug 18, 2015
- 1 min read

Pertandingan Dota 2 siri ESL One New York akan diadakan pada 3-4 Oktober 2015 di Madison Square Garden di New York. Hadiah sebanyak 250,000USD akan menjadi rebutan 8 pasukan terbaik dunia dan merupakan pertandingan berskala besar yang pertama selepas The Internatinal 5.
1 pasukan daripada Asia Tenggara akan berpeluang mewakili SEA ke pertandingan tersebut dan pastinya saingan yang sengit akan berlaku diantara pasukan. Format pusingan kelayakkan ini terbahagi kepada dua iaitu pusingan kelayakkan terbuka di mana 4 pasukan terbaik akan layak bermain di pusingan kelayakkan utama bagi Asia Tenggara. 4 pasukan ini akan menyertai 4 pasukan jemputan bagi merebut 1 slot ke ESL One New York
Negara yang layak menyertai pusingan kelayakkan terbuka bagi SEA
(Brunei, Cambodia, East Timor, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam, Afghanistan, Bangladesh, Bhutan, Nepal, India, Maldives, Pakistan, Sri Lanka, Hong Kong, Japan, Macau, Mongolia, North Korea, South Korea, Taiwan, Australia, Fiji, Kiribati, Marshall Islands, Federated States of Micronesia, Nauru, New Zealand, Palau, Papua New Guinea, Samoa, Solomon Islands, Tonga, Tuvalu, Vanuatu)
Pendaftaran adalah percuma dan akan ditutup pada 22 Ogos jam 2.00 petang. Pertandingan pula akan bermula pada hari yang sama iaitu 22 Ogos jam 3.00 petang dan berakhir pada 23 Ogos.
Jangan lepaskan peluang ini dan kejarlah impian menjadi pemain Professional suatu hari nanti. 4 pasukan jemputan di pusingan kelayakkan utama Asia Tenggara masih belum diumumkan oleh pihak penganjur
Comments