V1lat: Secret is Disbanding
- MasterRamen
- Aug 15, 2015
- 1 min read

V1lat melalui twitter beliau telah memaklumkan bahawa pasukan Secret akan berpecah dan berkemungkinan tiada selepas ini. Seperti mana yang kita sedia maklum, Zai akan berhenti bermain Dota 2 untuk menghabiskan sekolah beliau dan Arteezy telah secara rasmi menyertai EG menggantikan Aui_2000
Beliau juga memaklumkan bahawa S4 akan menyertai kembali pasukan Sweden Alliance dan Puppey dan Kuroky adalah agen bebas pada masa ini.
Tiada sebarang pengumuman rasmi oleh pasukan Secret mengenai berita ini. Sebelum ini jurulatih Secret juga pernah bercakap sedikit mengenai nasib Secret. " End of a chapter... Flying home. Bye bye"
Berita ini pastinya membuatkan peminat Secret berasa kecewa selepas kegagalan pasukan Secret untuk memenangi Ti5. Secret telah disingkirkan oleh VP di The International 5
Sumber: V1lat
Comments