AVF Gaming Freak Season 6
- MasterRamen
- Aug 12, 2015
- 1 min read

AVF Gaming Freak telah mengumumkan AVF Gaming Freak Season 6 yang akan diadakan bermula 17 Ogos ni dengan hadiah barangan AVF RM 3,500. Terdapat dua peringkat di dalam pertandingan ini iaitu peringkat kumpulan dan playoff.
Peringkat kumpulan akan berlansung pada 17-19 Ogos ini bermula jam 8.00 malam sehingga 12.00 tengah malam. Sebanyak 16 kumpulan akan dibentuk dan No 1 & 2 setiap kumpulan akan mara ke peringkat playoff untuk merebut hadiah lumayan yang ditawarkan. Peringkat playoff akan diadakan pada 24-27 Ogos 2015 bermula 8.00malam sehingga 12.00 tengah malam

Seperti siri sebelum ini, pendaftaran adalah percuma kepada semua pasukan daripada Malaysia sahaja. Season 5 telah dijuarai oleh Ayoob. Pasukan tier 1 seperti Team Malaysia, G-Guard. Invasion, 123, Underminer dan Redemption tidak dibenarkan bertanding. Bekas juara bagi siri 1-5 juga tidak dibenarkan bertanding. Namun, berita baik menanti juara-juara AVF Gaming Freak. The Throne akan diumumkan kelak di mana juara-juara setiap siri akan bertanding untuk merebut hadiah yang lebih lumayan setelah Season 10 tamat!
Comments