top of page
Search

The International 5 Wild Cards & Group Stages: Fnatic bertemu Secret di perlawanan pembukaan

  • MasterRamen
  • Jul 23, 2015
  • 1 min read

Valve telah mengumumkan maklumat berkaitan dengan Wild Card dan Kumpulan bagi TI5 yang akan berlansung bermula pada 26 Julai ini dan 27-30 Julai 2015. Saat yang dinanti-nantikan oleh peminat Dota 2 telah tiba di mana pasukan-pasukan telah mengetahui siapakah lawan mereka dan ini telah membuka ruang kepada mereka untuk merangka pelan dan taktik yang akan digunakan semasa peringkat kumpulan.

Di Wild card, bracket telah dikemaskini oleh Valve di mana CDEC daripada China akan bertemu Vega daripada Russia. Selain itu, MVP.Phoenix daripada Korea akan berlawan dengan Archon daripada Amerika bagi menentukan dua pasukan yang akan layak ke TI5. Format yang digunakan adalah double elimination di mana pasukan perlu tewas dua kali sebelum tersingkir daripada saingan. Wild card akan bermula pada 26 Julai 9.00AM PDT atau bersamaan 27 Julai 12.00 pagi.

Image kredit kepada Wykrhm Reddy

Kumpulan bagi Ti5 telah dikeluarkan oleh Valve dan pastinya bukan berita yang begitu menggembirakan bagi peminat Fnatic kerana Fnatic telah diletakkan di dalam kumpulan maut bersama Secret, IG, LGD dan C9. Namun, Fnatic bukanlah pasukan yang lemah dan ini akan menjadi tempat bagi mereka membuktikan kehandalan mereka selaku jaguh Asia Tenggara

Fnatic akan bertemu dengan Secret pada perlawanan pembukaan iaitu pada 27 Julai 10.00AM PDT atau bersamaan 28 Julai 12.00pagi waktu Malaysia. 4 pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan mara ke upper bracket manakala 4 pasukan terbawah akan bermain di lower bracket. Tiada penyingkiran akan berlaku di peringkat kumpulan.

Hadiah pertandingan setakat hari ini

 
 
 

Comments


HOT TOPICS
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.

© 2014-2017 E-Sukan. All rights reserved

KOMUNITI DOTA 2 MALAYSIA

Who are we?

 

- We are bunch of ethusiasm e-sports & games lover

- We are from one of malaysia biggest dota 2 community!

- We want to expand our love in dota 2 e-sports with others type of game!

 

Why we build this site?

 

- We want to give malaysian all related news in esports!

- Because we love esports

 

If you have a news or tournament to share please contact us and we will news it for free

TWITTER
bottom of page