TI5 Tie Breaker Rules: Coin Toss
- MasterRamen
- Jul 22, 2015
- 1 min read

Valve telah mengeluarkan peraturan pertandingan bagi Ti5 yang boleh dilihat di laman web rasmi The International. Salah satu perkara yang menarik perhatian E-Sukan adalah peraturan bagi Tie Breakers. Peringkat kumpulan akan menyaksikan setiap pasukan bermain di dalam format bo2 di mana 2-0 akan memberikan 3 mata, 1-1 akan memberikan 1 mata dan 0-2 tiada mata.
Kebarangkalian untuk berlakunya tie breakers adalah rendah, walau bagaimanapun tie breaker masih boleh berlaku dan akan memberikan impak yang besar kepada pasukan yang terlibat
Rules
Tiebreakers
- If there is a tie along the Upper and Lower Bracket divider, more games will be played.
- For other games, the following is used:
1- Compare the matchup history of the tied teams
2- Compare their wins vs the seed right below them. Repeat until resolved
3- Coin toss
Valve telah memaklumkan sekiranya tie breaker melibatkan penentuan upper dan lower bracket pasukan akan bermain lebih perlawanan bagi menentukannya. Bagi penentuan tempat yang tidak melibatkan upper dan lower, perbandingan head to head dan perbandingan menang antara pasukan akan digunakan. Sekiranya masih gagal untuk menentukan siapa yang patut berada di atas, COIN TOSS akan dilaksanakan.
Jarang sekali pertandingan memperkenalkan coin toss sebagai jalan penyelesaian. Walaupun kadar peratusan coin toss ini akan digunakan adalah sangat tipis, namun peminat pastinya tidak mahu nasib pasukan ditentukan melalui coin toss yang bergantung sepenuhnya kepada nasib.
Sumber: Rules Ti 5
Comments