ChuaN maklum di Burning Stream Valve akan masuk campur di dalam pertukaran pemain selepas TI5
- MasterRamen
- Jul 21, 2015
- 1 min read

Gosugamers dan Chuan telah memaklumkan bahawa Valve telah mengeluarkan polisi baru selepas The International 5 di mana setiap pasukan yang berhajat menerima jemputan di Major perlulah mempunyai barisan pemain yang stabil bermula 1 September.
Selain itu, dikhabarkan bahawa pasukan boleh mendaftar dua standin yang boleh digunakan tanpa menggugat peluang mereka untuk dijemput ke Major. Ini merupakan polisi baru yang diperkenalkan oleh Valve untuk 4 Major yang akan berlangsung setiap suku tahun. Sebarang perubahan di saat akhir akan menyebabkan pasukan kehilangan kelayakkan untuk dijemput secara terus. Perkara ini pastinya akan memberikan impak yang baik kerana pemain-pemain yang berhajat untuk kekal bermain di Major haruslah terus aktif dan tidak hanya aktif beberapa bulan sebelum Major sahaja.
Comments