Interview dengan Aiman dari MVP Karnal:
- MasterRamen
- Jul 16, 2015
- 3 min read

ESL ONE ASIA Qualifier akan berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad ini. Pihak esukan telah berjaya menerumah Aiman daripada MVP Karnal mengenai persiapan mereka untuk pertandingan terbesar di Asia bagi CSGO
Salam Aiman. Apa khabar?
Salam firdaus, sihat. Cuma tak sabar nak main pada sabtu ini
Tahniah kerana berjaya layak ke ESL ONE ASIA QUALIFIER. Bagaimana dengan persiapan pasukan MVP Karnal ketika ini?
Terima kasih. Persiapan kami Inn Sha Allah baik, kita luangkan masa training pada weekend untuk menguatkan basic dan strategi. Harap semua akan berjalan dengan lancar
Pertandingan ini berlangsung semasa perayaan hari Raya. Bagaimana reaksi keluarga anda apabila mengetahui perkara ini?
Mereka tidak terkejut sebab mak saya sudah tahu mengenai gaming career saya dan juga saya sudah menjelaskan dengan teliti sebab pertandingan ni tidak datang selalu dan peluang itu hanya sekali setahun. Selepas habis tournament ini saya tetap balik kampung raya cuma lambat sedikit
Pasukan MVP diletakkan didalam kumpulan B bersama dengan Renegades, Qeeyou dan Neckbreak. Pasukan manakah yang paling sukar dan apa peluang MVP Karnal pada kali ini?. Adakah ini kali pertama anda bertemu dengan pasukan-pasukan ini?
Peluang itu tetap ada. Cuma Renegades (Australia) adalah pasukan pilihan untuk menang. Qeeyou dan Neckbreak juga kuat. Jadi ia terpulang kepada performance kami bermain dengan teamwork. Qeeyou dan Neckbreak kami sudah bertemu, cuma Renegades sahaja kami tidak pernah lawan.
Apa pendapat anda tentang format pertandingan pada kali ini. 2 pasukan terbaik akan layak ke ESL ONE COLOGNE pada Ogos ini.
Pada pendapat saya, 2 slot adalah cukup bagus. Sebelum ini mereka cuma beri 1 team sahaja layak ke ESL ONE COLOGNE. Jadi skarang 2 slot memberi lebih harapan pada team kami untuk melayakkan diri.
Apakah persedian yg telah dibuat oleh MVP untuk menghadapi pertandingan ini dan juga lawan pertama anda iaitu Qeeyou dari China?
Kami mengkaji permainan mereka, kelemahan dan kekuatan mereka. Kami akan memilih map yang favoured dengan gameplay kami dan ban best map mereka.
Bermain di tempat sendiri pastinya memberikan kelebihan kepada MVP. Apa harapan anda kepada semua peminat CSGO di Malaysia?
Pastinya memberi kelebihan seperti suasana tempat dan juga supporter kami. Kami berharap kepada suma peminat CSGO di Malaysia keep on supporting local scene di Malaysia dan tidak berhenti support kami di ESL ONE ASIA QUALIFIER pada weekend ini. Harap kami dapat memberi yang terbaik
Boleh anda cerita sedikit latar belakang para pemain MVP Karnnal dan juga organisasi ini.
MVP gaming, seperti yang kita telah dikenali sebelum ini, bermula pada sekitar awal 2014. Semua kita pemain lama cs 1.6 selain Kaze dan xevR, mereka dari pada cs source. Jadi, pada asasnya terdapat dua pasukan, MVP gaming dan Karnal.
Oleh kerana, kita semua rakan-rakan dan keluarga seperti satu sama lain, kami mengambil keputusan untuk menggabungkan nama. Kami mempunyai dua pasukan MVP.Karnal dan Karnal.MVP. Tetapi kebanyakan pemain Karnal.MVP bermain CS: GO bersahaja tetapi MVP adalah pasukan teras yang memainkan kompetitif.

Apa prediction anda pada pertandingan kali ini? Pasukan manakah yang akan layak ke ESL ONE COLONGE?
Prediction kami adalah Renegades dan MVP karnal untuk melayakkan diri ke ESL ONE COLOGNE. Inn Shaa Allah
Mengikut pengalaman anda, apa perbezaan cara permainan pasukan di Asia tenggara berbanding dengan Korea, China, Australia dan India?
Disebabkan kurang exposure, Asia tenggara gameplay adalah biasa dan basic fundamental. Some times kita terlalu main secara individual. Compare to China, mereka lebih sharp dari segi aiming, dan juga segi strategi very decent. Tapi Australia lebih bermain secara kumpulan, kerjasama dan mempunyai banyak strategi yang lain dari yang lain.
Apa pendapat anda mengenai situasi CSGO di dalam Malaysia. Adakah ianya mampu menjadi pekerjaan utama kepada pemain professional?
Pada pendapat saya, ia sangat susah untuk menjadikan sebagai career due to kurang diberikan exposure dan peluang. Tapi bukan mahu menyalahkan government tidak support. Player Malaysia harus juga diberi teguran kerana ramai player di malaysia mempunyai bakat cuma malas untuk practice as a team bila sudah diberikan peluang.
Akhir kata. Semoga berjaya mengharumkan nama Malaysia sabtu ini. Anda ada sebarang shoutout kepada keluarga, rakan-rakan dan peminat?
Terima kasih. Saya cuma mahu ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir & batin. Kepada supporter dan rakan2, terima kasih atas sentiasa menyokong kami walaupun menang atau kalah. Kepada keluarga saya, saya dan teammates saya akan mengharumkan nama malaysia. Kepada pemain muda diluar sana, jangan ambil kisah terhadap orang mengatakan kamu tidak boleh pergi jauh atau apa. Percayalah terhadap diri sendiri dan lepas tu kerja keras practice. Efforts will give results for sure. Salam
Comments