Search
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Scammer berjaya ditangkap
- MasterRamen
- Jul 7, 2015
- 1 min read

Sejak kebelakangan ini kejadian Scammers semakin berleluasa di beberapa group Dota 2 dan ramai mangsa-mangsa telah mengadu dan memberikan maklumat terhadap scammer tersebut. Hasil usaha insan-insan yang prihatin, satu gerakan bagi mengesan dan menangkap scammer ini telah digerakkan dan akhirnya mereka berjaya di tangkap.
Tujuan utama insan-insan ini bukan lah untuk menghukum tetapi bagi mendapatkan semua wang yang telah di curi oleh scammer ini. Dilaporkan sebanyak RM 1,000 telah di curi daripada 8 mangsa. Scammers ini telah berjanji akan membayar semula dalam masa seminggu menurut sumber.

Semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada semua warga trading Dota 2 dan elakkan diri daripada di scam dan menipu.
Sumber: KD2M
Comments