ESL One Cologne Asia Qualifier 18-19 July
- MasterRamen
- Jul 6, 2015
- 1 min read

ESL One Cologne Asia Qualifier akan berlangsung pada 18-19 July 2015 di E-Curve, Damansara di mana dua pasukan terbaik akan layak bertanding di CSGO Major ESL One Cologne di Germany pada Ogos nanti. 7 pasukan telah menempah tiket ke Asia Qualifier manakala pasukan terakhir yang akan dipilih melalui permohonan masih belum diumumkan oleh ESL
2 wakil Australia iaitu Renegades dan Immunity, 1 wakil China iaitu QeeYou, 1 wakil Asia Timur myRevenge dari Korea, 1 wakli Asia Tenggara iaitu Skyred daripada Vietnam, 1 wakil India iaitu Neckbreak dan akhir sekali wakil tuan rumah MVP Karnal bakal beraksi di acara Lan pertama di Asia Tenggara yang melibatkan pertandingan Major
Marilah kita sama-sama memberikan sokongan padu kepada MVP Karnal kerana peluang untuk layak ke ESL One Cologne amat cerah kerana dua slot diperuntukkan kepada Asia. Peminat boleh hadir di E-Curve Damansara pada 18-19 July ini atau menonton secara online di twitch pada hari pertandingan
Comments