Na'Vi Ti5 Dream Mungkin Musnah. SoNNeikO Visa ditolak kali kedua
- MasterRamen
- Jul 3, 2015
- 1 min read

Impian Na'vi untuk kembali ke TI5 tergugat apabila pemain baru mereka Sonneiko tidak berjaya mendapatkan visa. Beliau telah memohon buat kali kedua namun permohonan beliau tetap ditolak oleh US Embassy di Ukraine.
Sepertimana yang diketahui, Valve sangat tegas di dalam senarai pemain dan kegagalan ini boleh menyebabkan Na'vi tidak dapat bermain di Ti5. Sonneiko atau nama sebenar Akbar Butaev perlu memohon lagi Visa dan berharap permohonan ketiga beliau membuahkan hasil.

Usia yang muda iaitu 18 tahun dan baru menghabiskan persekolahan mungkin menjadi punca kenapa permohonan beliau tidak diluluskan. Ramai peminat mencadangkan Na'vi menggunakan stand-in namun sekiranya Valve berbuat demikian ianya bertentangan dengan prinsip yang telah diguna pakai oleh Valve selama ini.
Apakah nasib Na'vi di Ti5?
Sumber: Gosugamers, V1lat
コメント