Interview dengan Invoker Haris: Saya dimasukkan ke dalam hospital selama 1 minggu
- MasterRamen
- Jun 30, 2015
- 2 min read

Hi Invoker Haris. Apa khabar?
hi khabar baik
Kebelakangan ini anda agak menyepi daripada dunia kompetitif dota 2. Boleh kongsi dengan kami apakah puncanya?
Ya. Selepas dari Selangor Cyber Games kami dapat no 3 dan kami amat sedih dengan keputusan kami. Pada TI5 online qualifier saya tidak dapat bermain kerana saya dimasukkan ke dalam hospital selama 1 minggu akibat appendix. Team kami pun buat keputusan untuk disband. Sejak dari itu saya tidak mempunyai team sehingga sekarang. Saya membuat keputusan untuk berhenti dari kompetitif buat sementara
Mengapa anda buat keputusan untuk berhenti daripada dunia kompetitif dota 2?
Saya sudah mendapat kerja tetap and susah untuk mendapat cuti. Saya juga buat kerja part time dota seperti mmr booster, buat tournament online dan macam-macam lagi.
Ramai yang melihat dunia dota 2 ini memberikan pendapatan yang lumayan. Apa pendapat anda?
Ya betul jika anda ada bakat dan rajin berusaha untuk menjadi player seperti mushi, ohy, kecik imba dan pemain-pemain tier 1
Bagaimana pula dengan pendapatan pemain-pemain semi pro. Adalah ianya mampu dijadikan sebagai kerjaya?
Jika pemain semi pro yang mempunyai sponsor agak lumayan. Pemain semi pro yang tidak mempunyai sponsor mungkin agak susah kerana tidak ada pendapatan yg stabil. Jika tournament pemain-pemain semi pro peratusan untuk menang agak rendah kerana agak susah mengalahkan pemain tier 1
Anda merupakan salah seorang pemain yang popular dikalangan peminat tempatan bahkan pernah muncul di surat khabar, apa perbezaan kehidupan semasa menjadi pemain kompetitif dengan pekerjaan tetap sekarang?
Tiada perbezaan . Ada beza jika player tempatan pergi ke the international 5
Apa pendapat anda terhadap pasukan yang sedang menaik seperti k2 apes?
Mereka sangat rajin berusaha. Jika mereka terus berusaha mungkin mereka akan pergi ke The International
Ramai yang masih tertanya tanya. Berapakah mmr anda sebenarnya?
Mmr tidak penting. Yang penting anda tahu bagaimana nak menang, jangan kerap salahkan teammate kerana itu akan membuatkan teamate anda down.
Saya mempunyai 2 id
1 - 6004 Solo 6000 Party
2 - 6000 Solo 5008 Party
Saya sudah pun menjual kedua-dua id itu
Pasukan Korea telah berjaya menguasai ti5 qualifiers. Apa komen anda terhadap sea dota yang ketika ini ketinggalan berbanding Korea
Saya rasa Korea amat rajin untuk mengkaji dalam sesuatu. Mereka sangat pro dalam sesuatu yg mereka minat
Adakah anda akan kembali ke kompetitif dota di masa hadapan?
Sudah pasti
Apa pendapat anda berkenaan peningkatan pemain dota 2 wanita di Malaysia?
Perempuan?. Masak lagi bagus. haha
Akhir kata apa nasihat anda kepada pemain pemain baru yang bercita cita untuk menjadi pemain professional
Teruskan usaha anda. Anda pasti berjaya
Terima kasih dan semoga berjaya di dalam pekerjaan baru anda. Shoutout?
Semoga team Fnatic champion ti5 banggakan nama Malaysia!
Comments