MVP Karnal Mara ke ESL One Cologne Asia Qualifier
- MasterRamen
- Jun 29, 2015
- 1 min read

MVP Karnal mengorak langkah kanan di dalam mencapai impian untuk mara ke Major CSGO apabile berjaya menyingkirkan Orange di perlawanan akhir ESL One Cologne Malaysia Qualifier. Dengan kejayaan ini MVP Karnal akan mara ke ESL One Cologne Asia Qualifier yang akan diadakan di E-Curve Damansara pada 18-19 July ini. Perjalanan mereka di sana pastinya mencabar kerana 7 lagi jaguh asia akan bersaing bagi merebut 2 slot ke ESL One Cologne pada Ogos kelak

Pastinya cabaran di ESL One Cologne Asia Qualifier lebih mencabar buat MVP Karnal kerana pertandingan tersebut diadakan semasa Hari Raya. Para pemain MVP Karnal perlu mengorbankan masa bersama keluarga bagi mencapai cita-cita mereka untuk mara ke peringkat teratas di dalam CSGO. Semoga berjaya kepada MVP Karnal! Malaysia Boleh!!
Sumber: MVP Karnal
Comentários