Mushi Ke-4 Pemain Mid Terbaik Ke TI5
- MasterRamen
- Jun 29, 2015
- 1 min read

Gosugamers telah mengeluarkan senarai 5 pemain mid terbaik dunia yang akan ke The International 5 dan pemain terbaik Malaysia Mushi berada di tempat ke-4. Terdapat 4 kriteria digunakan bagi menentukan ranking pemain di dalam senarai ini seperti di bawah
Skill Individu
Pengaruh pemain terhadap pasukan
Pencapaian pasukan
Prestasi pemain semasa tahap genting di dalam perlawanan
Menurut daripada senarai tersebut pemain Secret Gustav ‘s4’ Magnusson dinamakan sebagai pemain no 1 terbaik manakala pemain tengah IG Luo "Ferrari_430" Feichi kedua. Pemain muda daripada EG ditempat ketiga iaitu Syed "SumaiL" Hassan dan seterusnya Mushi di tempat ke-4. Ramai yang menjangkakan Dendi akan berada di dalam senarai namun berdasarkan kepada fakta yang ada pemain VP Sergey "God." Bragin adalah lebih layak untuk berada di tempat ke-5
Sumber: Gosugamers
Comments