AVF Gaming Freak Season 5
- MasterRamen
- Jun 25, 2015
- 1 min read

AVF Gaming Freak telah mengumumkan AVF Gaming Freak Season 5 yang akan diadakan bermula 30 June ini dengan hadiah barangan AVF RM 3,500. Terdapat dua peringkat di dalam pertandingan ini iaitu peringkat kumpulan dan playoff.
Peringkat kumpulan akan berlansung pada 30 Jun - 2 Julai ini bermula jam 9.30malam sehingga 12.30 tengah malam. Sebanyak 32 kumpulan akan dibentuk dan juara setiap kumpulan akan mara ke peringkat playoff untuk merebut hadiah lumayan yang ditawarkan. Peringkat playoff akan diadakan pada 7-10 Julai 2015 bermula 9.30malam sehingga 12.30 tengah malam

Seperti siri sebelum ini, pendaftaran adalah percuma kepada semua pasukan daripada Malaysia sahaja. Season 4 telah dijuarai oleh K2 Apes. Pasukan tier 1 seperti Team Malaysia, G-Guard. Invasion, Underminer dan Redemption tidak dibenarkan bertanding. Bekas juara bagi siri 1-4 juga tidak dibenarkan bertanding. Namun, berita baik menanti juara-juara AVF Gaming Freak. The Throne akan diumumkan kelak di mana juara-juara setiap siri akan bertanding untuk merebut hadiah yang lebih lumayan setelah Season 10 tamat!
Comments