Satu Dua Tiga Hampiri Kejuaraan Corsair Arena Gaming
- MasterRamen
- Jun 24, 2015
- 1 min read

Corsair Arena Gaming telah memasuki peringkat separuh akhir di mana 4 pasukan masih utuh bersaing selepas menyingkirkan 146 pasukan di dalam single elimination. Antara tarikan pada kali ini adalah bekas pemain Rave iaitu Cast, Crissy dan Ryoyr yang bermain di bawah pasukan MSIevoGt.
Tumpuan diberikan kepada pasukan MSIEvoGT namun, pasukan ini tewas kepada G7 di best of 16 dan seterusnya tersingkir daripada saingan. Paling mencuri tumpuan adalah pasukan SatuDuaTiga di mana ramai menganggap mereka adalah pasukan amateur biasa. Pasukan ini merupakan bekas pemain G-Guard yang diketuai oleh Yamateh dan rakan-rakan.
SatuDuaTiga tidak menghadapi sebarang masalah untuk melangkah ke separuh akhir dan dilihat pilihan untuk mara ke Final bertemu samana ada juara bertahan TNC atau Assail daripada Singapura

Source: Joindota.com
Comments