Finalist AVF Gaming Freak Pro League
- MasterRamen
- Jun 19, 2015
- 1 min read

Pertandingan AVF Gaming Freak Hearthstone bagi Pro League telah bermula di mana 55 pemain terbaik di Malaysia berentap bagi merebut 8 slot di Final AVF Gaming Freak. Banyak kejutan berlaku semasa peringkat kelayakkan berlansung di mana dua nama besar iaitu ChonGer dan Royce kecundang dan tidak layak ke final.
Akisera & Lalasong juga tewas di Winner Bracket namun berjaya bangkit di Loser Bracket bagi menempah tiket ke Final. Selain itu, Kfisher yang menewaskan ChonGer di Winner Bracket akur kepada Jerry Woon di Loser bracket. Royce yang berjaya menewaskan NyikNyukNyek yang merupakan pemain handalan di Indonesia terpaksa akur kepada Yuri dan impian ramai untuk menyaksikan Lalasong bertemu Royce semula tidak menjadi kenyataan
Peringkat Final akan berlansung daripada 22-26 June ini dengan format Double Elimination dan akan di livestream oleh Hamtaro. Pendaftaran bagi kategori Amateur dan Beginner masih dibuka dan akan ditutup pada 4 petang 21 June 2015
Comments