AVF Gaming Freak Hearthstone
- MasterRamen
- Jun 12, 2015
- 1 min read
AVF Gaming Freak mengumumkan pertandingan Hearthstone buat julung kalinya kepada semua pemain di Malaysia. Hadiah RM 1,000 berbentuk barangan AVF dan juga RM 100 wang tunai ditawarkan kepada para pemenang. Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu Pro League, Amateur League dan Beginner League. Ini bermakna semua lapisan pemain lama dan baru berpeluang untuk menyertai dan memenangi hadiah!
Barangan AVF yang boleh dipilih oleh para pemenang
Perlawanan Pro League terbahagi kepada dua iaitu peringkat kelayakkan dan utama. Peringkat kelayakkan dibuka kepada semua dan 8 pemain terbaik akan berentap di peringkat utama bagi merebut hadiah dan kejuaraan.
Bagi para pemain yang tidak layak ke Pro League, Amateur League dibuka untuk pendaftaran dan setiap pemain berpeluang menimba pengalaman bagi season yang akan datang.
AVF juga ingin menggalakkan penyertaan daripada pemain baru dan casual dengan memperkenalkan Beginner League yang hanya membenarkan Basic Deck Card sahaja digunakan.
Semoga berjaya kepada para pemain. Kongsikan berita ini kepada semua rakan-rakan anda!
Hozzászólások