Search
Rave Sertai MPGL 7 PHILIPPINES Dengan Dua Pemain Baru
- MasterRamen
- Jun 11, 2015
- 1 min read

Menurut sumber Mineski.net, Rave telah mendaftarkan pasukan mereka di dalam pusingan kelayakkan MPGL 7 Philippines. Lebih memeranjatkan barisan pemain Rave telah berubah di mana dua pemain duo citizen, Jeyo dan Ninjaboogie tidak berada di dalam pasukan lagi. Rave telah menyenaraikan 2 pemain veteran Filipina iaitu RR dan Boombacs sebagai pemain baru pasukan Rave

Walau bagaimanapun, tiada pengumuman rasmi dibuat oleh Rave setakat ini dan kedudukan Jeyo dan Ninjaboogie masih belum diketahui. MPGL 7 Philippines mensyaratkan bahawa setiap pasukan haruslah bermain di Filipina semasa pertandingan. Pusingan kelayakkan ini akan berlangsung pada 14 June ini
Sumber: Mineski.net
コメント