K2 Apes...Luar Biasa!! Ketepikan Seaking Untuk Jadi Juara AVF Gaming Freak Season 4
- MasterRamen
- Jun 8, 2015
- 1 min read

AVF Gaming Freak Season 4 telah berakhir dan K2 Apes sekali lagi membuktikan kegagahan mereka apabila kembali daripada Loser Bracket bagi menumpaskan pasukan Seaking di perlawanan Akhir. Seaking yang bermula dengan 1 match advantage gagal menghalang kemaraan K2 Apes dan terpaksa berpuas hati di tempat kedua.
Sebanyak 160 pasukan telah menyertai pertandingan ini yang bermula dengan peringkat kumpulan. 32 pasukan terbaik daripada kumpulan berentap di double elimination playoff. Hadiah pada siri kali ini adalah berjumlah RM 3,500 barangan AVF Gaming Freak

Game 1 - K2 Apes Menang

Game 2 - K2 Apes Menang

Game 3 - K2 Apes Menang

Kejayaan k2 Apes ini lebih manis kerana Seaking telah menewaskan mereka di Winner Bracket Final 2-0 menyebabkan K2 Apes terpaksa berhempas pulas untuk kembali menjuarai pertandingan ini
Keputusan penuh
Juara - K2 Apes
Naib Juara - Seaking
Ketiga - Reverse Heaven
Keempat - Team BackTick`
Tahniah kepada semua pemenang! Jumpa anda di AVF Gaming Freak Season 5
Bình luận