ESL Cologne Diumum CSGO Major. Asia Qualifiers Di Malaysia July 18-19
- MasterRamen
- Jun 4, 2015
- 1 min read

ESL organisasi esports terbesar telah mengumumkan bahawa ESL Cologne adalah CSGO Major dan disokong oleh Valve secara terus. ESL Cologne dijadualkan pada 20-23 Ogos di LanXess arena. Peringkat kumpulan akan dimainkan di ESL Arena selama 2 hari dan di LanXess Arena pada 22-23 Ogos.
16 pasukan terbaik di dunia akan berentap di Major bagi merebut kejuaraan dunia. 8 pasukan telah dijemput secara terus manakala 8 lagi pasukan akan diambil daripada peringkat kelayakkan. Hadiah yang ditawarkan adalah 250,000USD dan mungkin akan naik selepas bantuan daripada Valve
Pasukan yang telah dijemput
fnatic
NiP
Virtus.pro
EnVyUs
mousesports
Keyd Stars
Na`Vi Team
SoloMid
Buat julung kalinya peringkat kelayakkan akan diadakan secara Lan. 3 peringkat lan final akan diadakan iaitu Kuala Lumpur, Malaysia 18-19 July, Cologne, Germany 25-26 July dan Burbank, USA 1-2 Ogos. Tarikh bagi Kelayakkan Asia walaubagaimanapun diadakan pada Hari Raya Aidilfitri. ESL Cologne Asia Qualifier akan diadakan di Ecurve, Damansara pada July 18-19. Maklumat lanjut bagi peringkat kelayakkan masih belum diumumkan. 8 pasukan akan berentap di setiap pusingan kelayakkan bagi merebut tiket ke ESL Cologne

Sumber: ESL
Comentarios