top of page
Search

Battle of the Pride! Billy Chin vs Zi Song!

  • MasterRamen
  • Jun 4, 2015
  • 1 min read

hsbillylala copy3.jpg

Daripada video kepada drama dan seterusnya battle of the pride! Dua pemain Hearthstone di Malaysia iaitu Billy "Royce" Chin dan Zi "Lalasong" Song akan berentap bagi membuktikan siapa yang lebih hebat di antara mereka. Satu kejadian yang jarang berlaku, namun dengan hasil usaha komuniti Hearthstone, perlawanan ini akan berlangsung pada 7 Jun 2015 jam 8.00malam.

Wang hadiah yang terkumpul hasil daripada sumbangan komuniti Hearthstone adalah RM 300. Pemenang akan mengambil kesemua hadiah yang dipertandingkan. Perlawanan ini akan diadakan Best of 7 dan pastinya menarik minat ramai peminat Hearthstone terutamanya di Malaysia. Perlawanan ini boleh ditonton secara langsung di http://www.twitch.tv/xchaoshamtarox

Drama ini bermula apabila satu video telah di upload di Youtube yang menunjukkan bagaimana Lalasong menewaskan Royce 2-0 di dalam satu perlawanan. Video ini seterusnya menimbulkan rasa tidak puas hati Royce yang menanggap video tersebut adalah bias dan ejekan kepada beliau. Komen demi komen berlaku di post tersebut LINK dan akhirnya kedua-dua pemain bersetuju untuk berentap bagi membuktikan siapa yang lebih handal.

Kedua-dua bersetuju untuk berentap dalam Best of 7

hs1.jpg

hs2.jpg

Perlawanan ini akan dikendalikan oleh Hamtaro Lim

hs3.jpg

Pastikan anda bookmark tarikh dan masa perlawanan ini akan berlangsung. Bukan sahaja hadiah menjadi rebutan tetapi maruah dipertaruhkan oleh kedua-dua pemain ini. Semoga berjaya kepada kedua-dua pemain.

Majulah E-Sukan Untuk Negara!

 
 
 

Comentários


HOT TOPICS
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.

© 2014-2017 E-Sukan. All rights reserved

KOMUNITI DOTA 2 MALAYSIA

Who are we?

 

- We are bunch of ethusiasm e-sports & games lover

- We are from one of malaysia biggest dota 2 community!

- We want to expand our love in dota 2 e-sports with others type of game!

 

Why we build this site?

 

- We want to give malaysian all related news in esports!

- Because we love esports

 

If you have a news or tournament to share please contact us and we will news it for free

TWITTER
bottom of page