K2 Apes Mengganas! Juara di NATIONAL DOTA 2 CHAMPIONSHIP 2015
- MasterRamen
- Jun 1, 2015
- 1 min read

Pasukan kontroversi K2 Apes telah mengganas di Lan Final INTI National Dota 2 Championship apabile muncul juara menewaskan Who2bet.Dota2room di perlawanan akhir. NDC 2015 merupakan acara amateur yang menawarkan hadiah terbesar di Malaysia.
Peringakat kelayakkan terbahagi kepada dua iaitu Open Qualifiers dan Collegiate Qualifiers. 4 pasukan daripada pusingan kelayakkan mara ke lan final bagi merebut RM 10,000 wang tunai dan produk.
Dua pasukan terbaik di tier 2 iaitu Who2bet.Dota2room dan K2 Apes membuktikan bahawa mereka bukan tandingan kepada dua pasukan kolej yang bertanding. Pertemuan seteru antara kedua-dua pasukan ini telah menarik ramai peminat untuk menyaksikan idola-idola mereka bersaing.
Game 1 pertama dimenangi oleh Who2bet.Dota2room, walau bagaimanapun K2 Apes mengamuk dan mengganas di game kedua dan ketiga sekaligus merampas kejuaraan daripada Who2bet.Dota2room yang juga merupakan juara di Selangor Cyber Games
Game 1

Game 2

Game 3

Naib Juara Pasukan Who2bet.Dota2room. Sumber Yong Hong Huat

Antara tarikan di NDC 2015. Sumber Yong Hong Huat

Dengan itu, K2 Apes membawa pulang wang tunai RM 3,000 dan RM 2,500 produk! Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding!

Comments