MVP Hot6ix dan Phoenix Ke Singapura Untuk Ti5 SEA Qualifiers
- MasterRamen
- May 27, 2015
- 1 min read

Kehangatan Ti5 Sea Qualifiers semakin terasa di mana dua pasukan handalan Korea MVP Hot6ix dan Phoenix telah terbang ke Singapura bagi menghadapi qualifiers. Tidak seperti tahun lepas di mana mereka bermain di Korea, kali ini kesemua pemain akan bermain daripada Singapura di mana terletaknya server Dota 2 bagi Asia Tenggara.
Langkah ini merupakan tindakan drastik yang dibuat oleh pasukan MVP bagi mendapat ping yang lebih baik berbanding bermain daripada Korea. Berita ini pastinya bukan berita gembira bagi lawan mereka dan diharap pelaburan ini akan membuahkan hasil kepada mereka. Menurut laporan The New Paper, MVP membelanjakan 13,000USD bagi tujuan ini.
Pasukan MVP dijangka tiba di Singapura hari ini pada jam 2.30 petang. Adakah pelaburan untuk mendapat latency kurang daripada 100ms ini berbaloi? Satu lagi pasukan yang bermain di Korea iaitu Rave tidak mengikuti langkah MVP.
Sumber: The New Paper
Comments