Invasion vs Rave Membuka Tirai Ti5 Sea Qualifiers
- MasterRamen
- May 27, 2015
- 1 min read

Perlawanan pembukaan bagi Ti5 Sea Qualifiers akan menampilkan pasukan pilihan utama Rave dan pasukan gergasi daripada Malaysia iaitu Invasion. Invasion yang memulakan langkah ke Ti5 Qualifiers melalui Open Qualifiers pastinya bukan lawan yang mudah bagi Rave. Kemasukan 3 pemain daripada Australia memberikan nafas baru kepada Invasion dan keserasian mereka bakal menjadi senjata utama ketika menentang Rave

Di atas kertas Rave sememangnya gagah berbanding dengan Invasion. Prestasi semasa kedua-dua pasukan akan teruji pada jumaat ini dan pastinya penyokong Malaysia dan Filipina ternanti-nantikan aksi yang akan diberikan!
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan ini di Ti5 Sea Qualifiers dan sokonglah pasukan kegemaran anda! Hanya dua pasukan akan terbang ke Seattle di mana juara akan terus layak bermain di Ti5 manakala naib juara perlu besaing di wild card
Comments