AVF Gaming Freak Season 4
- MasterRamen
- May 19, 2015
- 1 min read

AVF Gaming Freak telah mengumumkan AVF Gaming Freak Season 4 yang akan diadakan bermula 25 Mei ini dengan hadiah barangan AVF RM 3,500 meningkat daripada RM 2,500 pada season 3. Terdapat dua peringkat di dalam pertandingan ini iaitu peringkat kumpulan dan playoff.
Peringkat kumpulan akan berlansung pada 25-27 Mei ini bermula jam 8.00malam sehingga 12 tengah malam. Tempat pertama dan kedua dari setiap kumpulan akan mara ke playoff di mana 32 pasukan akan berentap di dalam Double Elimination untuk merebut hadiah lumayan yang ditawarkan. Peringkat playoff akan diadakan pada 1-4 June 2015 bermula 8.00malam hingga 12 tengah malam.

Seperti siri sebelum ini, pendaftaran adalah percuma kepada semua pasukan daripada Malaysia sahaja. Season 3 telah dijuarai oleh K2 Apes. Pasukan tier 1 seperti Team Malaysia, G-Guard. Invasion dan Redemption tidak dibenarkan bertanding.
Comments