Secret Gagah di The Summit 3!
- MasterRamen
- May 18, 2015
- 1 min read

Gagah, hebat, kebal, licik itulah yang boleh diperkatakan kepada Secret yang telah berjaya menjadi juara di The Summit 3. 8 pasukan terbaik dunia berentap di Los Angeles bagi merebut kejuaraan yang sebelum ini dimenangi oleh VG daripada China.
Pasukan daripada Eropah dan Amerika mendominasi the Summit 3 setelah EG berjaya meratah VG sebelum mara ke Final untuk bertemu dengan Secret. 3 Pasukan China hadir di the Summit 3 namun, pasukan Secret dan EG membuktikan bahawa pasukan Barat masih lagi hebat selepas DAC

Wakil Asia Tenggara, iaitu Rave tidak dapat mengulangi persembahan mereka di DAC dan sekadar berpuas hati di tangga ke 7-8 bersama pasukan Not Today daripada Peru.

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding! Kehangatan Ti5 semakin terasa di mana pusingan kelayakkan akan berlansung pada hujung bulan ini!
Sumber: Team Secret, Liquidpedia
Kommentit