Selangor Cyber Games 2015! RM 217,000 Hadiah ditawarkan!
- MasterRamen
- May 4, 2015
- 2 min read

Pada 30 April satu sidang media pelancaran Selangor Cyber Games telah diadakan di SACC, Shah Alam di mana penaja-penaja telah di jemput bersama di dalam sidang media yang diadakan. Selangor Cyber Games bermula pada tahun lepas di mana wang tunai sebanyak RM 30,000 ditawarkan kepada pasukan-pasukan di dalam Malaysia.
Pada anjuran kali ini, Selangor akan membawa pasukan-pasukan daripada luar negara untuk bertanding di Selangor Cyber Games yang akan diadakan pada 9-10 May ini di The Strand Mall, Kota Damansara. Wang tunai keseluruhan juga meningkat dengan mendadak iaitu daripada RM 30,000 kepada RM 217,000. Jumlah e-sukan yang dipertandingkan juga meningkat kepada 7 pertandingan di mana lebih 800 perserta dijangka akan bertanding.
Selain itu, buat julung kalinya, Selangor Cyber Games akan memperkenalkan MPGL Sea Lan Final di acara utama tahun ini. MPGL Sea merupakan acara paling elit di Asia Tenggara di mana ianya selalu diadakan di Filipina. MPGL Sea bermula dengan peringkat kelayakkan secara online yang telah menarik lebih 2,000 pasukan daripada semua negara-negara di Asia Tenggara

12 Pasukan terbaik yang telah berjaya mengharungi peringkat kelayakkan akan diterbangkan ke Selangor bagi acara utama MPGL Sea Season 7.

Pasukan daripada Korea, China, Filipina, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand akan berentap bagi merebut 50,000 USD wang tunai dan juga takhta kejuaraan. MPGL Sea sebelum ini dikuasai oleh pasukan daripada Filipina iaitu MPGL V - Mineski dan MPGL VI - Rave. Kemunculan pasukan-pasukan handalan daripada Asia Tenggara ini pastinya akan menarik ramai pengunjung yang mahu menyaksikan idola-idola mereka bertanding secara live. Selain itu, Meracle yang merupakan antara pemain yang popular di Asia Tenggara akan hadir dan bertanding di Selangor Cyber Games

Terdapat 7 pertandingan akan berlangsung semasa Selangor Cyber Games iaitu MPGL SEA Season 7, ACG Dota 2 Amateur, ACG CSGO Grand Final, Fifa 15, Dot Arena, F1 dan Cosplay.

Pecahan hadiah bagi ketujuh-tujuh games
MPGL SEA Season 7 - RM 180,000 (50,000USD)
ACG Dota 2 Amateur - RM 6,000
ACG CSGO Grand Final - RM 6,000
Fifa15 - RM 5,000
Dot Area - RM 16,200 (4,500USD)
F1 - RM 2,000
Cosplay - RM 2,000
VISIT SELANGOR CYBER GAMES
Pertandingan Selangor Cyber Games ini akan diadakan di The Strand Mall, Kota Damansara pada 9-10 May ini. Untuk peta dan maklumat lanjut mengenai venue sila layari the strand mall website.
MPGL SEA Season 7 juga boleh ditonton secara live melalui pengulas-pengulas antarabangsa dan juga tempatan. Gosustudio buat julung kalinya akan membuat liputan secara langsung di Selangor Cyber Games. Berikut adalah senarai pengulas yang akan berada di Selangor Cyber Games

Selangor Cyber Games ini ditaja oleh:

Tahniah diucapkan kepada semua penaja yang telah berjaya menjadikan Selangor Cyber Games 2015 menjadi kenyataan.
Коментарі