top of page
Search

MPGL SEA Season 7 Grand Final

  • MasterRamen
  • Apr 27, 2015
  • 1 min read

news mpgl 1.jpg

MPGL Sea Season 7 kembali lagi di mana 12 pasukan terbaik di Asia Tenggara akan berentap di Lan Final bagi merebut 50,000USD dan takhta selaku pasukan terbaik di Asia Tenggara! Musim kali ini membawa kelainan tersendiri di mana buat julung kalinya MPGL akan diadakan diluar Filipina.

Selangor Cyber Games 2015 akan menjadi venue kepada MPGL SEA Season 7. 12 pasukan telah mengharungi peringkat kelayakkan bagi setiap negara dan menjadi wakil kepada negara masing-masing. 4 pasukan akan menggalas tanggungjawab bagi memastikan kejuaraan menjadi milik Malaysia. MGPL V & VI telah dimenangi oleh pasukan Filipina iaitu Mineski dan Rave. Mampukah pasukan daripada Malaysia merampas kejuaraan itu?

Pasukan Team Malaysia yang telah layak walau bagaimanapun terpaksa menarik diri kerana bertembung dengan Redbull Battleground di Amerika. Oleh itu, cabaran Malaysia akan dipikul oleh G-Guard, Underminer, uWs dan Team ICE' Invasion yang merupakan pasukan handalan Malaysia terpaksa akur di peringkat kelayakkan dan tidak dapat bermain di lan final.

Peringkat Kumpulan

mpgl group.jpg

Playoff

mpgl playoff.jpg

Jadual Perlawanan

mpgl schedules.jpg

Kejutan terbesar berlaku di MPGL China Qualifiers di mana pasukah HGT tewas di tangan Energy Pacemaker sekaligus gagal layak di MPGL dan terpaksa melupakan hasrat untuk ke Malaysia. EP akan menjadi wakil tunggal daripada China. Mampukah Asia Tenggara menumpaskan wakil daripada China ini? Mari kita sama-sama saksikan di MPGL SEA Season 7!

 
 
 

Comments


HOT TOPICS
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.

© 2014-2017 E-Sukan. All rights reserved

KOMUNITI DOTA 2 MALAYSIA

Who are we?

 

- We are bunch of ethusiasm e-sports & games lover

- We are from one of malaysia biggest dota 2 community!

- We want to expand our love in dota 2 e-sports with others type of game!

 

Why we build this site?

 

- We want to give malaysian all related news in esports!

- Because we love esports

 

If you have a news or tournament to share please contact us and we will news it for free

TWITTER
bottom of page