MPGL SEA Malaysia Wild Card Dibuka untuk pendaftaran
- MasterRamen
- Apr 22, 2015
- 1 min read

Mineski Events Team telah mengumumkan WILD Card bagi Malaysia untuk MPGL SEA Season 7 Lan Final. Wild card ini akan diadakan bermula 24 April sehingga 26 April 2015.
Wild card ini diadakan bagi mencari pengganti bagi pasukan Malaysia yang terpaksa menarik diri kerana akan bertanding di Redbull Battleground pada 5-7 May.
MPGL Sea Season 7 lan final akan diadakan pada 9-10 May bertempat di Selangor Cyber Games di The Strand Mall yang menawarkan hadiah 50,000USD
Rebutlah peluang terakhir untuk bersaing dengan pasukan terbaik daripada Asia Tenggara!
Comments