AVF Gaming Freak 3 Phase 1 Ended. Tie Breaker Update
- MasterRamen
- Apr 17, 2015
- 1 min read

Fasa pertama pertandingan AVF Gaming Freak Season 3 telah berakhir di mana 160 pasukan telah berentap bagi merebut slot ke playoff. Tempat 1-2 bagi setiap kumpulan akan mara ke playoff pada 21-23 April ini bagi merebut hadiah yang ditawarkan.
Pihak penganjur juga ingin memberi ruang kepada pasukan di tempat ke-3&4 serta 5&6 untuk terus bertanding tetapi ianya hanyalah sekadar perlawanan tambahan tanpa sebarang hadiah. Walau bagaimanapun, oleh kerana tarikh playoff 21-23 April bertembung dengan Heavyarm Siri ke-3, playoff bagi tempat 3&4 serta 5&6 tidak akan dilaksanakan bagi memberi ruang kepada pasukan lain menyertai Heavyarm Siri 3
Sebelum ini, peraturan bagi tie breaker tidak dijelaskan terlebih awal di mana sebarang tie breaker akan diselesaikan menggunakan GAME TIME. Pihak penganjur faham bahawa cara terbaik adalah mengadakan perlawanan tie breaker bagi menentukan pihak yang akan mara. Setelah perbincangan lanjut, pihak penganjur telah membuat keputusan bahawa perlawanan tambahan akan diadakan bagi memberikan keadilan kepada semua pasukan.
Oleh kerana, jadual asal pertandingan bagi fasa 1 hanya pada 14-16 April sahaja, perlawanan tie breaker perlulah dijadualkan di antara 17- 20 April mengikut perbincangan dan persetujuan pasukan yang berkaitan.
Group dan pasukan yang terlibat di dalam Tie Breaker
Group C
Novice
WHAT FUCK ALSO CAN
Marley Gaming
Group J
SEA
Hawk Gaming
The Pink Raccoons
Group P
abcabc
MIMJ
Sino.Wander
Comments