Team Malaysia Juara Lagi! GEST SEA CUP
- MasterRamen
- Apr 3, 2015
- 1 min read

Mushi, Kyxy, Ohaiyo, Johnny dan Kecik Imba membuktikan sekali lagi kehandalan mereka setelah merangkul kejuaraan lagi setelah menewaskan Can't Says Wips di perlawanan akhir GEST SEA CUP. Team Malaysia dengan ini membawa pulang 2,000USD manakala CsW 1,000USD.
GEST SEA CUP merupakan antara pertandingan elit di Asia Tenggara di mana 16 pasukan terbaik berentap bagi merebut kejuaraan. Pusingan kelayakkan yang telah diadakan lebih awal telah menarik minat 999 pasukan daripada Asia Tenggara iaitu yang terbesar di dalam sejarah pertandingan Dota 2 di Asia Tenggara

Tahniah diucapkan kepada para pemenang! Kehangatan perebutan tempat ke The International 5 semakin terasa di mana peringkat kelayakkan akan diadakan pada bulan May kelak!
Sumber
留言