Major All Stars berakhir dengan penaklukan China
- The Janda Hunter
- Mar 24, 2015
- 1 min read

Acara sukan elektronik terbesar di Asia Tenggara, Major All-Stars berakhir dengan jayanya apabila kejuaraan itu di pegang oleh pasukan pilihan utama IG dari China. Pasukan yang dianggotai oleh BurninG, Faith, Ferrari_430, Luo dan Chuan dari Malaysia telah menewaskan pasukan Empire dari Russia sekaligus merangkul kejuaraan dan wang USD46,962 (RM171389) dari Hadiah USD 100,000 yang ditawarkan.
Disebabkan kekangan masa perlawanan terakhir terpaksa dikurangkan kepada format best of 3 (Bo3) tanpa kelebihan game kepada winner’s bracke. Walaubagaimanapun, IG berjaya memenangi permainan menewaskan Empire dengan markah 2-0. Empire menerima hadiah sebanyak USD 15,614. Manakala Ninjas in Pyjamas Dota menerima wang sama dengan pasukan paling popular, Natus Vincere, iaitu USD 10,436.
Dengan kemenangan IG, berakhirlah Major All-Stars dengan jayanya walaupun mempunyai masalah teknikal dan talian pada hari pertama. Selain pertandingan Dota, terdapat juga aktiviti seperti sesi autograph bersama pasukan, cosplayer dan tempat percubaan alatan terbaru dari Logitech, LG dan sebagainya.
Comments