Major All Stars: Pemain-pemain jatuh cinta dengan gadis Malaysia
- The Janda Hunter
- Mar 18, 2015
- 2 min read

Kuala Lumpur- Perjumpaan santai bersama pasukan-pasukan yang akan bertanding di Major All Stars pada Jumaat ini telah di adakan di Kafe Siber Rasmi Major All Stars, Tbun internet cafe. Di sini beberapa pasukan berkongsi beberapa pendapat mereka mengenai Major All Stars dan Malaysia. Untuk pasukan tempatan Invasion, mereka cukup berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak penganjur dan sempat menyatakan kesedapan nasi lemak di Best Western i-City. Invasion yang baru saja membuat perubahan pada barisan pemain turut meletakkan harapan tinggi di dalam pertandingan ini.

Pasukan RAVE
Untuk pasukan REDEMPTION pula mengintai peluang untuk mencapai sekurang-kurangnya top 3 dan menghargai kepercayaan bekas pengurus pasukan, MasterRamen, yang menjangkakan Redemption akan ke Grand Finals. Pasukan EMPIRE walaupun keletihan dari perjalanan yang jauh, gembira dengan cuaca Malaysia dan makanan-makanan terutama buah-buahan tempatan dan masakan daging. EMPIRE juga cukup berpuas hati dengan keayuan gadis-gadis Malaysia. Berlainan pula dengan pasukan RAVE yang tidak memerhatikan dengan gadis Malaysia kerana khuatir akan menyebabkan mereka tidak fokus dalam permainan.RAVE juga berharap akan menjuarai Major All Stars dan mengatakan pasukan IG dan EMPIRE merupakan batu penghalang terbesar mereka dalam kejuaraan ini.

Pasukan EMPIRE
CAN’T SAY WIPS tidak puas melihat gadis-gadis tempatan. Ketika ditanya, CAN’T SAY WIPS merasakan DOTA 2 di SEA masih belum sampai ke tahap potensi sebenar dan mereka berharap dapat menamatkan saingan di top 3. IG pula optimis akan menjuarai Major All Stars tetapi berlainan pula dengan Na’Vi yang masih belum serasi dengan perubahan pada pasukan mereka.

Na’Vi walaubagaimanapun berharap dapat memberikan saingan kepada pasukan-pasukan lain dan sempat menyatakan mereka menyukai cuaca di Malaysia dan juga gadis-gadis di sini walaupun kepenatan kerana terpaksa menghadapi penerbangan selama 24 Jam untuk sampai ke KLIA.
Crew -The Janda Hunter
Comentarios