Selangor Cyber Games
- MasterRamen
- Nov 24, 2014
- 2 min read

Selangor Cyber Games merupakan acara e-sukan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Generasi Muda Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawan Negeri Selangor, Bahagian Pembangunan Belia Majlis Sukan Negeri Selangor dan Penyelaras Dewan Negeri Kota Damansara. Acara ini merupakan yang pertama kali diadakan menampilkan 4 genre e-sukan iaitu Dota 2, League of Legends, CS:GO dan FIFA 15.
Wang tunai sebanyak RM 30,000+ menjadi rebutan bagi pasukan-pasukan yang akan bertanding selama 2 hari pada 13 dan 14 Disember 2014 di Encorp Strand Mall, Kota Damansara. Had umur bagi semua pertandingan adalah 16-35 tahun sahaja. Hanya dibuka kepada warganegaraMalaysia sahaja

Pertandingan Dota 2 menawarkan wang tunai terkumpul sebanyak RM 23,500. Terdapat dua sesi bagi Dota 2 iaitu peringkat kelayakkan G1 Gaming Dota 2 pada 13 Disember 2014 (Sabtu) yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM 6,000 dan barangan Logitech dan peringkat Grand Final pada 14 Disember 2014 (Ahad) bagi G1 Gaming Dota 2 yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM 17,500 kepada para pemenang. Yuran pendaftaran sebanyak RM 25 dikenakan bagi pasukan yang bertanding di peringkat kelayakkan G1 Gaming Dota 2.

Hadiah
G1 Gaming Dota 2 Qualifier (Dibuka kepada semua pasukan kecuali yang telah layak)
1st – RM3,000 + Logitech G430 + Grand Finals Slot
2nd – RM 1,500 + Logitech G402 + Grand Finals Slot
3rd – RM 1,000
4th – RM 500
KLIK SINI UNTUK PENDAFTARAN
Grand Final Dota 2 (10 Pasukan terbaik di Malaysia)
1st – RM 10,000
2nd – RM 5,000
3rd – RM 1,500
4th – RM 1,000
Pasukan yang telah layak ke Grand Final adalah Team Malaysia, Invasion eSports, Who2bet, Underminer.Regal, G-Guard, TBD,Distrix 5, Underminer C

Pertandingan League of Legends menawarkan wang tunai terkumpul sebanyak RM2,200. 16 pasukan akan berentap pada 13 & 14 Disember ini bagi merebut takhta kejuaraan dan hadiah yang lumayan. Yuran pendaftaran sebanyak RM 25 dikenakan bagi pasukan yang bertanding.
Hadiah
League of Legends (Dibuka kepada semua pasukan)
1st – RM1,000
2nd – RM 700
3rd – RM 400
4th – RM 100

Pertandingan CS:GO menawarkan wang tunai terkumpul sebanyak RM2,200. 16 pasukan akan berentap pada 13 & 14 Disember ini bagi merebut takhta kejuaraan dan hadiah yang lumayan. Yuran pendaftaran sebanyak RM 25 dikenakan bagi pasukan yang bertanding.
Hadiah
Counter Strike Global Offensive (Dibuka kepada semua pasukan)
1st – RM1,000
2nd – RM 700
3rd – RM 400
4th – RM 100

Pertandingan FIFA 15 menawarkan wang tunai terkumpul sebanyak RM2,200. 128 pemain FIFA 15 akan berentap pada 13 & 14 Disember ini bagi merebut takhta kejuaraan dan hadiah yang lumayan. Platform PS4 akan digunakan kepada semua pemain. Yuran pendaftaran sebanyak RM 10 dikenakan bagi setiap pemain yang bertanding.
Hadiah
FIFA 15 (Dibuka kepada semua pasukan)
1st – RM1,000
2nd – RM 700
3rd – RM 400
4th – RM 100

Lokasi Pertandingan

Comments